Wednesday, September 14, 2011

Tak Nak!


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!

Assalamualaikum..
Salam Satu Malaysia..

Bila tiba tang raya, mulalah member-member jemput datang rumah terbuka. Tapi sebab sayangkan body yang dah ala-ala kerengga, cuma menjamah sesudu dua jek jamuan yang dah tuan rumah sediakan. Ohh, sumpah. Aku paling benci perempuan yang macam ni.

Ramai yang dok komplen pasal body aku. Katanya gemuk la, berlemak la. Tak cukup dengan bertanya, ''bila nak kurus? dah kurus nanti kan cantekk. macam I..''. Kalau aku betul-betul tekad nak kurus tak payah tunggu sekarang. Masa sekolah dulu aku boleh diet habis-habisan untuk kurus. Tapi aku tak nak. Well, actually more to takut. Ya, aku takut untuk kurus.

Katanya bila dah kurus boleh la pakai baju yang berfesyen. =='
Yoona & Hyuna memang lawa! =D
Kenapa takut nak kurus? Sebab aku takut aku lupa diri. Biasalah manusia. Ada sifat riak dalam diri. Bila dah lawa, bila orang kiri kanan memuji, bila lelaki-lelaki melirik. Mulalah jadi camwhore, amek gambar body yang dah langsing, upload kat FB, blog, tunjuk kat orang ramai. 'I dah kurus U bila lagi?'. Lepas tu mula rasa bertudung tu dah tak cool, bertudung nampak gemuk, bertudung tu ewhhh. Orang dah lawa, kan. Mulalah lepas tu nak pasang boyfriend keliling pinggang. Market katanya.

Mungkin imaginasi aku agak melampau. Tapi tu yang aku takut akan terjadi kat aku kalau aku emm, kuruskan badan nanti.. Lagipun aku tak kisah orang panggil aku Fida Gemok as long as diorang tak panggil aku Fida Jongang, Fida Juling, Fida B***ch.. Haha

I'm beautiful just the way I am. =D




1 comment:

happycloud said...

kalau ditanya bila mahu kurus, cakap je, tunggu kau gemuk, LOL