Thursday, September 8, 2011

Cerita Raya #1


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!

Assalamualaikum!
Salam Satu Malaysia, Salam Hari Raya!


Setelah sebulan kita berpuasa, akhirnya syawal menjelang tiba. Raya tahun ni lagi meriah dan bermakna buat aku. Sebab tahun lepas aku tak dapat nak beraya sakan disebabkan masih belajar kat KMS. Sedih.

Raya pertama tahun ni kitorang anak-beranak beraya dekat rumah Nek Limah di Pasir Pelangi, Johor. Malam raya, jam 12.30 malam baru kitorang sampai rumah nenek. Sebab abah ngan ibu dok masak-masak nasi minyak kat rumah sebelum dibawa ke rumah nenek.

Raya pertama, macam biasa. Bangun pagi, mandi, solat subuh, makan rendang, ketupat dan nasi minyak istimewa yang dimasak oleh abah tersayang, kenyang, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan nenek, ibu, abah, adik-adik, angkat-angkat kening kat nenek mintak duit raya, ziarah pusara arwah atok dan busu, sembahyang raya, balik rumah, makan kuih raya, kekenyangan, tido..
Gambar di pagi raya. Sila tampar laju-laju.


Petang raya, lepas bangun tido, aku, abah, adam dan sepupu, Kak Biha pi jalan-jalan Pasir Pelangi, tengok buaya, kapal, pi The Store beli Coca-cola, Sprite dan Sarsi. Malamnya tengok Nur Kasih, oh sedih dan sweet..

Raya kedua, lepas makan-makan, layan tetamu, kitorang bergerak ke Batu Pahat. Ke kampung halaman, rumah Nek Not dan Tok Abu. Sampai kampung, serbu adik Haris dan adik Aliff, dekah-dekah tengok Aliff yang baru pandai bertateh, oh comel. Malamnya aku dan keluarga berserta Mak Lang dan keluarga diikuti sepupu, Sharena Alia berkonvoi ke rumah Nek Mi. Jiran Nek Not masa kat estate dulu.


Raya ketiga, kami beraya ke rumah Cik Jo polis, sepupu abah kat Rengit. Dia tinggal kat kuarters polis. Sedih sebab tak dapat nak merasa Nasi Dagang. Lepas tu kami ke Pantai Punggur. Saje melihat keindahan laut.





Selamat Hari Raya!




No comments: