Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Annyeonghaseyo
To Everyone!
Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat jugak dak pidah mengupdate blog kesayangan ini untuk kesekian kalinya. Untuk post kali ini, jom bersama-sama dak pidah dan keluarganya bercuti-cuti sakan sempena cuti sekolah 2014 ni. Lokasi yang dipilih ialaha Hat Yai, Thailand, dengan menaiki keretaapi.
Dah lama jugak sebenarnya plan untuk trip ni, sejak dak pidah tengah sibuk final kat kolej lagi. Idea bernas dari dak abah. Kata beliau nak bawak isteri dan anak-anak merasa travel naik keretaapi dan melawat negara orang. Gitu..
Jadi, kami pun mulalah plan. Dak pidah lah orang yang paling busy sekali katanya sebab kena search segala info yang boleh berkenaan dengan trip to Hatyai by train. Lebih kurang sebulan sebelum kami memulakan perjalanan ke HatYai, kami tempah tiket keretaapi awal-awal. Dinasihatkan kepada sesiapa yang teringin nak travel by train tu tempahlah tiket 3-4 bulan awal. Jangan jadi macam kami. Train penuh, tak dapat book katil, terpaksalah duduk kat kerusi. Sakit punggung kami. Kami tempah tiket dari KL Sentral ke HatYai bertarikh 6 Disember jam 10.00 malam.
Perjalanan kami bermula pada 6 Disember, jam 10 pagi, dari Pasir Gudang ke Kuala Lumpur menaiki bas. Kami tak nak naik train dari JB sebab leceh dan mengambil masa yang lama. Lagipun kami nak jalan-jalan kat KL dulu sebelum naik train ke HatYai. Hehe
Kami tiba di TBS(ke BTS??) lebih kurang jam 2.30 petang. Perut pun dah lapar, kami pi makan dulu kat TBS punya food court. Di TBS kami dijemput oleh adik kepada dak abah, ayah chik. Sementara menunggu jam 10 malam tu, kami lepak-lepak, makan-makan, mandi-mandi dulu di rumah ayah chik. Abah dan ayah chik sempat lagi buat unplugged concert.
Menunggu ayah chik menjemput kami. Kami memegang gelaran backpackers utuk trip ini. Jadi tak banyaklah beg yang dibawa. Sorang satu beg.
Malam tu kami sempat lagi jalan-jalan Kuala Lumpur. Dapatlah tangkap dua tiga empat lima enam tujuh lapan gambar di mercu tanda Malaysia, KLCC ni. Gah ia berdiri.
Alhamdulillah. Dah sampai KL Sentral. Tudiahh bak hang. Berapa banyak stesen kami kena tempuh sebelum sampai ke HatYai. Tepat jam 10.00 malam, semua penumpang dipanggil menaiki keretaapi. Kami dapat seat dalam gerabak paling hujung sekali. Seat menghadap ke depan tapi keretaapi bergerak ke belakang. Faham tak? Agak mabuk sebenarnya seat terbalik macam ni. Takpe, layan...
Sebelum keretaapi gerak, kami pose dulu~
Sebenarnya ini merupakan first experience kami travel naik keretaapi. Ibu dengan abah kata diorang pernah naik keretaapi ni tapi zaman dulu-dulu. Itupun dari Johor ke Singapura. Taklah jauh sangat macam nak ke HatYai ni.
Dak pidah konon-konon sibuk tulis journal.
Ini saja beg yang kami bawa. 5 backpack. Sorang satu. Gituu.
Sponsor besaq trip kami~ Hewhewhew
Father and son bonding time. Masa ni lah dak adam dok interview abah. Macam-macam soalan di tanya. Abah layanlah ya anak bujang abah tu. Haha
Ibu dengan Abah tu konon-konon berlakon filem Hindustan. Hmmm suka hati. Dilwale Dulhania Leh Jayenge katanya~
Tu kau. Bersila lagi dalam gerabak. Makan bekalan dari isteri ayah chik, cik Ana. Nasi putih lauk ayam sambal. Ada lauk lain sebenarnya, tapi dak pidah tak ingat. Dia tak tulis dalam jurnal. Molek je dapat bekal makan gini. Tak payah bazir duit pi beli makanan kat cafe train ni. Dah lah mahal, jauh pulak tu.
Subhanallah. Cantik. Masa ni lebih kurang jam 7 pagi, matahari pun baru nak timbul. Terbentang luas menghijau sawah padi. Sungguh cantik dan tenang ciptaan-Nya. Ni salah satu highlight naik train, dapat tengok permandangan cantik macam ni. Malam tadi tak dapat tengok permandangan kat luar sebab gelap. Ni dah pagi, tengoklah puas-puas. Hargai dan syukuri ciptaan-Nya.
7 Disember jam 9.30 pagi. Alhamdulillah. 13 jam perjalanan, kami pun selamat tiba di Padang Besar. Stesen terakhir sebelum ke HatYai. Dekat sini kena bawa turun semua bag-bag kami sebab train akan dipotong. Lepas ni hanya 2 gerabak sahaja ke HatYai. Dekat sini jugak kami kena sediakan passport untuk di cop. Sediakan pen sekali sebab kena isi borang. Kami pernah kena dulu masa nak ke Singapura, kena isi borang bagai, tapi kami tak bawak pen. Learn form mistakes, abah bawak pen sorang satu. Haha
Di stesen Padang Besar ni ada satu je kedai makan. Nak tak nak kena jugak beli makanan di sini. Buat isi perut. Kami beli nasi lemak sahaja. RM3 untuk satu nasi lemak cup A. Kalau nak ikutkan saiz badan dak pidah memang tak kenyang makan nasi lemak ni. Haha. Dekat stesen ni jugak kami tukar matawang RM ke Baht dengan sorang mak cik ni. Dia tunggu je kat tepi tu, pegang duit. Tapi mahal sikitlah tukar dengan dia ni. Almaklumlah, tak berlesen agakya. Jadi dinasihatkan sangat tukar duit awal-awal dekat Malaysia ya. Dekat pengurup wang berlesen tu. Haha.
Kami kena tunggu lebih kurang 2 jam untuk keretaapi siap potong gerabak. Katanya jam 10.30 pagi siap, tapi jam 12.00 tengahari jugak baru gerak. Sabo ajekler ya yob. Dari Padang Besar mengambil masa 1 jam nak sampai ke HatYai.
Nak tau apa terjadi kat kami semasa di HatYai? Tunggu part 2 naa~
No comments:
Post a Comment