Assalamualaikum
Annyeonghaseyo!
So, few weeks ago, aku satu famili sperti kebiasaan yang biasa dilakukan pada setiap minggu, ke Johor Bahru melawat Nenek. Haaa sekejap je lepak-lepak rumah Nek Limah, kitorang decide nak jalan-jalan Bandar JB. Tak rancang pun nak pergi mana sebenarnya. Request nak pergi Puteri Harbour nak bergambo sikit boleh upload kat instagram. Tapi disebabkan hujan, lokasi ditukar kepada Country Garden. Lagipun tempat ni lagi dekat dari Puteri Harbour.. Oklah tuu.
Dengar katanya jalan-jalan cuci mata kat situ seronok. Tak pernah sampai lagi kitorang kat sini sebenarnya. Heee malu lah kan, nama je tinggal kat Johor tapi tak pernah singgah Country Garden. Kot-kot orang luar tanya apa tempat tu boleh lah aku jawab, ye dok?
Acah-acah di Pulau Perhentian
Acah-acah pengantin baruuu
Gardennya lebih kurang macam ni lah. Banyak lagi sebenarnya sudut-sudut menarik kat sini dengan tumbuhan dan bunga-bunga yang cantik-cantik. Masa kitorang sampai ni baru je lepas hujan, jadi matahari pun macam segan-segan gitu, kitorang pun fefeeling macam kat over the sea. Kannn~
Untuk siapa-siapa yang suka tengok bunga, tengok laut, tengok kapal, snap gambar, sudi-sudilah singgah.. Haaa, kalau tak silap kat sini pun ada 3D painting. Alaaa, yang gambar macam timbul-timbul tu.. Eh, tak retilah nak explain. Korang paham tak? Haha takda gambar sebab tempat nya tutup masa tu..
Kitorang tak lama pun kat sini, sebab tempat ni ala-ala high class sikit. Haha, so not our style. Jadiknya, kami tukar lokasi ke Zoo Johor. Heiiii siapa kata Zoo JB tak standard? Ehem, aku lah tuu. Haha tapi bila dah sampai seronok bukan main dak pidah. Dah lama sebenarnya tak singgah Zoo JB ni sebenarnya. Entry fees murah sahaja RM2 untuk dewasa, RM1 untuk kanak-kanak. Zoo JB ni pun tak lah besar mana. Haiwan pun tak banyak mana, tapi ramai jugak sebenarnya orang yang datang berkunjung. Cuma kurang popular saja dikalangan pelancong mahupun rakyat Johor sendiri. Hehe.
Masuk-masuk je ke dalam Zoo, korang ada disambut dengan sorang fotografer. Haha, dia tolong snapkan gambar korang dulu baru dia bagi lepas nak jelajah Zoo. Gambar tu nanti kalau korang nak print bolehlah beli.. Tak nak beli pun tak apa. Guna kamera korang mintak abang fotografer tu snapkan.
Ginilah gambarnya, berlatar belakangkan gambar zoo..
Ni part favourite sekali. Untaaa...
Ada adik-adik kat tepi tu jual sayur, bukan untuk lauk makan malam, tapi untuk si unta.
Boleh feed diorang ni. Haa comel~
Awwmm sikit. Haa ada jugak harimau kat sini. Ada lebih kurang 6 ekor kalau tak silap. '
Ni kitorang tengok dari bahagian luar, tapi korang boleh naik tangga sikit tengok diorang dari atas. Gambar tak ada pulak nak tunjuk. Heee
Bukan setakat harimau je yaa, singa ada, beruang matahari ada.
Cuma yang takda zirafah dengan gajah.
K sedih sebab excited nak tengok zirafah sebenarnya dak pidah tu~
Burung ni...Pelican kan? Haha sempoi jek dia ni. Jalan-jalan depan kedai, tak takut orang pulak dia. Orang yang takut dengan dia. Haha
Haaaa, korang boleh gak nak masuk rabbit farm dia.
RM1 untuk entrance. Gebus gebas rabbits kat sini. Nak bawak balik sekor!
Yang tu nama dia Abang, yang tu nama dia Adik. Tengah feeding masa ni.
Rusa! Haha pertama kali dak pidah ni sentuh rusa. Haha, tak sangka jinak jugak derang ni.
Heh, sebijik cam dak pidah. Tidoo jek. Kakaka
Haaa, tu kan. Seronok kan. Haha kitorang duduk paling lama masa tengok harimau. Alahaii comelnya~
Gitulah alkisahnya, jalan-jalan kami sekeluarga. Country Garden dengan Zoo tu pun dekat-dekat je letaknya. Sebelah Zoo tu pun ada Masjid Sultan Abu Bakar boleh singgah solat kat situ. No worries~
Bagi sesiapa yang dah berkeluarga tu, hujung-hujung minggu tu luangkanlah masa untuk diorang. Tak berjalan jauh-jauh pun tak apa, tak shopping-shopping pun tak apa, yang penting quality time with family member is spent well. Gitooo~
*Ciao~
No comments:
Post a Comment