Thursday, September 22, 2011

Aku Perempuan Ke?



슈퍼주니어,난너없이 못살아!!

Assalamualaikum.
Salam Satu Malaysia.


Tajuk entry tak boleh blah sungguh. Haha

Perempuan. Mak aku perempuan, adik aku perempuan, nenek aku perempuan, makcik aku perempuan, sepupu aku perempuan, kawan-kawan aku kebanyakannya perempuan, jiran aku perempuan, pemandu van sekolah adik aku perempuan, kucing aku perempuan, teddy bear aku perempuan dan tak syak lagi aku sendiri pun perempuan.

Tapi, kenapa ek? Kadang-kadang aku tak paham perempuan. Serius.

Kalau nak keluar beraya, amek masa 24jam depan cermin untuk bersiap.Stail tudung mesti ala-ala Hana Tajima, tak pun Maria Elena.*tipulakalauakutakpakaishawlstaildiorang. Sangat nooblah orang itu kalau masih pakai tudung bawal ataupun tudung indon. Masa kat matrik dulu, aku selalu lepak bilik kengkawan. Selalunya pi bilik Ha. Lepas tu, Iz ngan Ya join sekali. Dan lepas tu mulalah sesi bergaya dengan shawl memasing. Masa tu belum wujud lagi stail ala Hana Tajima semua tuh, jadi dorang cuba stail ala Yuna, tak pun stail suka-hati-mak-pak-aku-la. Aku pulak, cuma jadi penonton sambil makan cikedis, tak pun twisties, tak pun choki choki sambil buat statement ‘’Aishh, susah jadi perempuan..’’mulut-masih-mengunyah-jajan-yang-disebutkan-diatas.

Bab tumbuh jerawat tak yah cakap la. Boleh pecah cermin tu dengar dia merintih pasal jerawat. Teringat iklan kat TV, ‘’Dulu saya benci lihat wajah saya, sekarang setelah menggunakan produk-tipu-cepat-mati saya kembali yakin’’. Cam shait itu perempuan.

Bila dah bercouple, lain pulak cerita. Mana yang setia tu, setia tahap king kong. Ailebyu sampai mati. Yang tang jeles, sampai pakwe dia berbual ngan mak cik cafe pun nak merajuk cam badak. Lepas tu mulalah buat statement kat fesbuk ‘’Bi, smpi hatyy you buad ayang mcm niew. Apew lbihnyew mak cik cafe tuw? Apew kuwangnyew I? I dah bagy kat you sumew yg you nak, tapy smpi hatiw you buad I mcam niew! I benciew you’’ Oh, tersangatlah sakit mata memandang sakit lagi hati yang membaca status beliau. Lepas tu tak sampai 2 saat buat status baru, ‘’Bi bawu kol tadi. Dia minta maap. Sumew tuw salah pham jew. Dia trlupew nk byar doploh sen masew beli cekodok. Oh, bi I cyunk you smpi maty. Dh ta na jeles2 lgiw da.’’ Muntah-muntah-terus-block.

Kalau pakwe aku ada perempuan lain, aku tinggalkan aje. Dia dah tak nak buat apa nak tersua-sua mengharap belas orang disana. Cari yang lain. Habis cerita. Lagipun bak kata Ti, kumbang bukan seekor, tapi tak semuanya harum.

Seriously, walaupun aku sendiri perempuan, aku pun tak faham perempuan sebenarnya. Jadi kalau korang ada masalah ngan awek korang janganlah tanya aku. Aku Doktor Sakit Jiwa, buka Doktor Cinta dan semestinya bukan Doktor Sakit Puan.

Dan setiap kali aku keluarkan statement, ‘’Aishh, susah jadi perempuan’’, member aku hentam dengan soalan ‘’Abis kau bukan perempuan?’’. Aku hanya mampu ketawa.


2 comments:

han eba said...

hamboi hamboi, perempuan pakai tudung bawal tu noob ya??? cekik baru tahu! ish.
part mandi lama tak ada? part cakap tak nak ada BF dah tapi esok lusa ada yg baru. LOL.

perempuan mmg mcm ni, kadang kadang aku pun pelik. tapi kan, last last org yg pelik dengan aku, sebab aku kan perempuan, tapi aku suka cakap aku kacak hensem bagai. ini namanya kes special

~FYDA~ said...

@Eba, buka saya cakap ya.. PEREMPUAN yang cakap. Hahaha