Sunday, April 3, 2011

KMS! =D


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!
Salam..


Pejam celik, pejam celik.. Dah nak habis semester terakhir aku kat Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) ni.. Boleh dikatakan sekejap jek masa berlalu..

Kalau korang tanya kat aku "Adakah aku akan rindu kehidupan aku kat KMS bila habis program nanti" 7 bulan yang lepas, dengan tanpa segan silunya aku akan cakap "TAK!!". Tapi kalau korang tanya sekarang, juga tanpa segan silunya aku akan kata yang "YA!!" lapanplohlapan kali. Haha..

Sebenarnya aku teramatlah stress, bengang, geram sebab aku tak dapat masuk Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Sejak aku mohon untuk program matrikulasi masa sekolah dulu pun memang aku dah aim untuk pergi KMJ. Sebabnya, dekat dengan rumah dan ada hampir semua geng-geng aku kat sana. Tapi bila diberitahu yang aku kena mendaftar kat KMS, aku terbayang camner la nasib aku nanti. Dah lah jauh, sah-sah tak boleh balik rumah selalu, nak sesuaikan diri dengan kawan-kawan baru, bla, bla, bla...

Banyak perkara yang terjadi sepanjang aku bergelar pelajar KMS ni. Walaupun tak sampai setahun aku menetap kat sini, tapi banyak kenangan yang aku dah kumpul.. Aku rasa lagi banyak dari zaman sekolah dulu. Hehe..

Sumpah pada awalnya aku benci gila KMS! Bukan setakat benci sebab terletak jauh kat hulu, tapi turut membenci orang-orang yang ada dalam KMS ni.. Terutamanya dengan classmate aku. Almaklumlah, aku ni second intake, jadi kehadiran aku ni boleh dikira macam 'penganggu' dalam kelas tu.. Masa tu kawan yang aku ada cuma Dayah. Kawan aku dari hari pertama aku jejakkan kaki kat KMS ni. Pada awalnya, aku tak kenal seorang pun classmate aku melainkan Dayah dengan Hajar. Tapi, lama kelamaan, bila dah selalu pergi kelas sama-sama, study sama-sama, buat assignment sama-sama, makan sama-sama, bergurau senda sama-sama, aku mula sayang kat diorang. SAYANG SANGAT! Dan YA, aku akan rindu gila kat diorang bila habis matrik nanti.. =D

Kat KMS ni jugaklah tempat paling banyak aku laburkan air mata aku ni.. Kalau korang tanya kawan-kawan aku kat sekolah dulu, diorang semua akan cakap aku ni hati batu, tak da perasaan, takda air mata. Sebab aku sangat jarang menangis dan tak pernah menangis pun walaupun sesedih mata cerita Devdas tu..

Tapi bila berpindah ke KMS je, aku jadi segembeng-gembeng umat. Setiap kali ibu kat Johor tepon je, mesti aku menangis, melalak, meraung. Merengek-rengek nak balik Johor.. Tiap-tiap malam sebelum tidur pun aku menangis jugak. Tak jadik kerja aku ni.. Bila diingat balik, aku rasa macam kelakar pun ada jugak.. Hahaha..

Tapi sejujurnya, sesungguhnya aku akan rindu dekat penduduk-penduduk KMS dan semua kenangan pahit manis yang pernah jadi kat sini. Dan seboleh-bolehnya, aku tak nak dan tak teringin pun nak lupakan semua kenangan yang pernah terjadi kat sini.. =D

Love, Fyda

No comments: