Saturday, March 26, 2011

SEGMEN: AKU KAKI BLOGGING (tak makan pun tak apa)


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!



  1. sila letak header saya ni pada entri korang..
  2. tajuk : SEGMEN: AKU KAKI BLOGGING (tak makan pun tak apa)
  3. jawab soalan2 mudah ni..senang je bukan pasal soalan add math pun atau pun sejarah dunia..huhu..tentang blog korang je...=)

  • usia blog korang?
Blog aku berusia 2 tahun, 4 bulan, 2 minggu, 4 hari. Huh, da lama jugakkan aku berblogging. Walaupun lama tapi ada banyak lagi benda yang aku kena belajar pasal blogging ni. Contohnya cammana nak naikkan earning nuffnang.. Ngehehehe..
  • dalam 1 hari berapa entri korang post?
Ikotlah. Kekadang kalau aku rajin tahap banzai, dalam satu hari aku boleh balun sepuloh entry sehari. Hehehe, tu pun bergantung pada tahap kerajinan dan kemunculan idea untuk menulis. Kekadang bila aku ada citer bertimbun nak kongsi, tapi idea sebesar kuman takda, makanya tak lah aku post apa-apa entry..
  • apa yang best tentang blog korang?time ni la korang nak promote blog korang..huhu
Apa yang best kat blog aku ni ya? Entahlah.. Kalau bagi peminat-peminat Korea, mungkin diorang agak enjoy baca blog aku ni. Sebab hampir 70% benda yang aku tulis dalam blog ni pasal Korea. Lagi-lagi Super Junior tersayang. Hehehe. Kalau tak pasal tu, mungkin jugak sebab unsur-unsur humor yang aku guna kat blog aku nih.. Tak pon, sebab aku cute.. Wahahahaha
  • cara korang berblogging dan promote blog?
Selalunya aku akan tinggalkan jejak kat shoutbox blogger-blogger bila aku blogwalking. Itupun nasib kalau tuan rumah nak serbu blog aku balik. Ataupun kalau ada entry diorang yang menarik perhatian, aku akan komen-mengomen entry diorang tu. Lagi satu, aku suka baca entry yang diorang post bertahun-tahun dulu. Macam baca entry pertama yang diorang tulis masa mula-mula diorang buat blog. Dari sini aku dapat nampak cammana cara berblogging diorang berubah mengikut masa.
Kalau dari segi mempromosi blog, aku suka gunakan facebook. Attach link kat status. Tak pun terjah wall kengkawan, post link blog kat wall diorang sambil paksa-paksa diorang baca blog. Kehkehkeh..
  • blog yang korang suka serbu?kenapa?
Aku suka serbu blog Kak Ceera! Ngehngehngeh.. Sebab blog dia sumpah sempoi gila. Cara dia tulis entry dia pun sempoi jek. Yang penting aku boleh gelak-gelak bila baca blog dia. Lepas tu, aku suka baca kesah cinta dia ngan suami dia. Sumpah comel!
Baru-baru ni pulak aku suka baca blog Kak Yuyu Zulaikha. Sebabnya blog dia sempoi dan kelakar. Lagi satu sebab dia cun gila woo! Kalau ada peluang aku nak jumpa dia, mintak dia ajar aku cara pakai shawls macam dia. Hehe, tunjuk ajarku sifu!
Tapi, aku paling suka baca blog DBSK Dream! Sebab ada banyak update pasal Korean Entertainment! Walaupun nama blog dia DBSK Dream, tapi tak semua entry dia pasal DBSK jek. Ada gak pasal Super Junior, Shinee, SNSD. Pendek kata diorang update pasal semua Korean Entertainers yang ada. JJANG!!
  • impian korang dalam dunia blog ini?
Impian aku dalam dunia blog ialah aku nak jadi seorang blogger yang dihormati dan disegani serta dicintai dan disanjungi! Huahahahaha
Heh, sebenarnya tak pon. Aku cuma harap aku akan terus berblogging dengan gagah tanpa mengenal erti lelah walaupun tak ramai yang tau kewujudan blog aku ni.. Hehehe.. Sebab aku saya suka blogging!!

kalau dah siap paste kan link korang kat cni ye..
sapa2 yang join saya akan letak blog korang dalam bloglist saya..=)
tarikh tutup segmen Ahad ni 27/3/2011 jam 11.59PM



Love, Fyda

2 comments:

Kechik Itu Comel said...

moga impian dlm dunia blogger tercapai..=)

anyway dah buat entry psl segmen ni..=)

najihahfara said...

hai fida..
gud luck final exam..:)