Saturday, March 26, 2011

Buat Insan Tersayang


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!


Maaf kepada pembaca sekalian. Entry kali ni agak emosi...

Assalamualaikum.
Entry kali ni saya tujukan untuk awak.

Kepada Encik A yang saya sayangi.
Sejak kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Selangor merupakan saat-saat yang paling susah untuk saya. Masa tu, saya tak kenal siapa-siapa pun. Sumpah hidup saya sunyi masa tu.

Sehinggalah selepas cuti pertengahan semester pertama. Disaat awak muncul dalam hidup saya. Kehadiran awak buat hidup saya lebih ceria. Awak sentiasa ada disisi saya setiap masa. Masa saya gembira mahupun sedih. Awak tak pernah tinggalkan saya walau sedetik pun.

Awak setia melayan kerenah saya yang macam budak-budak. Walaupun saya tau awak penat, tapi awak tetap tersenyum melayan keletah saya. Tak pernah sekali pun awak mengeluh. Lagipun, minat awak dan saya sama. Dua-dua suka layan Korea. Pengalaman movie night setiap malam minggu dengan awak dan kawan-kawan saya adalah saat-saat yang paling bahagia buat kita.


Sejujurnya, walaupun saya tak pernah katakan secara jelas kat awak, tapi saya memang sayang kat awak. Sayang sesangat. Sampaikan saya tak tau macamana saya nak hidup kalau awak takda. Bila saya tak jumpa awak sehari, rasa macam nak putus nyawa saya. Bila tak dapat dengar suara awak, saya rasa macam tak lengkap hidup saya.

Kuat sungguh pengaruh cinta dan sayang awak kat saya. Saya hargai sangat-sangat setiap titis kasih yang awak curahkan. Sebelum ni tak pernah ada orang selain dari keluarga saya yang betul-betul sayang kat saya macam awak.

Tapi..
Makin lama saya sedar yang cinta awak buat yang lupa. Cinta awak buat saya leka.
Bila saya dengan awak, saya lupa semua benda. Saya lupa tanggungjawab saya sebagai pelajar.

Walaupun berat untuk saya katakan.. Tapi saya rasa dah sampai masa untuk saya lepaskan awak. Buat masa sekarang ni, saya harap awak dapat biasakan diri tanpa saya. Maafkan saya kalau awak lemas seharian berada dalam loker saya. Lagipun, ini untuk kebaikan saya dan awak jugak. Saya tak nak saya terus hanyut dalam cinta awak hinggakan saya terlupa perkara yang penting untuk diri saya sendiri.








*Ihsan Google
Dear Encik Acer.
Dari saat ini, saya terpaksa berhenti berhubung dengan awak. Lagipun final exam saya makin dekat. Kalau saya selalu sangat dating dengan awak, saya takut saya tak boleh jwab kertas final nanti. Saya harap awak faham.

Saya tau yang awak kesunyian tanpa saya. Tapi, saya takda jalan lain melainkan menjauhkan diri daripada awak buat sementara waktu. Lagipun kita berpisah tak lama. Kurang dari sebulan je. Lepas tu nanti, kita dating la 24jam, sehari semalam. Awak tataplah muka saya sampai awak termuntah-muntah.

Dear Mr. Acer,
I love you so damn much
since the first day my dad bought you for me.. =D


Love, Fyda

No comments: