Monday, February 21, 2011

Terpeleot!


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!
Salam.
Lagi heart breakin story..

Dua minggu lepas, kejadian yang tak disangka-sangka terjadi kat aku.
Apalah nasib badan ni agaknya. -__-
Biasalah, kalau tak jatuhkan barang, terpijak kaki orang ataupun tercederakan diri sendiri bukan RAFIDAH lah namanya. Haha

Nak dijadikan cerita, petang Khamis 10 Februari yang lepas,
sedang aku dan Dayah berjalan ke koperasi KMS,
tengah semangat ni bergurau senda dengan Dayah,
dan membayangkan kad hari jadi ibu dan kad anniversary ibu ngan abah yang bakal dibeli kat koop.. (Kantoi)
Tetiba jek, dush!
"SH*T"
Bergema satu KMS dengan jeritan aku. Sedar-sedar, aku dah terduduk kat atas jalan, sambil meraung pegang kaki.
Perghh, gila sakit aku cakap kau. Tapi sebab nak tutup malu sebab terjatuh dan tercarut, aku gelak la sorang-sorang kat situ sambil dihujani soalan "sakit tak, sakit tak?" oleh Dayah dan 2 orang classmate aku, Asyreen ngan Syikin. (Hamekau! Glemer nama korang!)
Konon kontrol macho ni, terus bangun macam takda apa-apa jadi.
Lepas tu terus masuk koop, pilih kad, bayar,dan terus menonong pi bilik komputer, online. Hahaha.
Selamba kering jek aku.

Dah lepas online bagai, aku balik bilik. Sumpah azab gila nak jalan.
Malam tu, ada ceramah Gaza dekat dewan Antares. Dalam hati ni meronta-ronta nak pegi. Tapi apakan daya, sakit di kaki tak mengizinkan.
Hamekau, malam tu, menangis aku sorang-sorang dalam bilik menahan sakit.
Aku takut patah jek kaki aku ni (Cheh, jatuh tak seberapa)

Berguna jugak tudung KMS ni. Hahaha
Masa ni aku tengah menangis sorang-sorang menahan sakit.
Cari kain nak balut kaki tak jumpa, tudung KMS pon jadi lerrr...
Bilik aku malahan satu asrama kosong masa ni, ada ceramah Gaza kat dewan.
Nak mintak tolong sapa?
Tolong diri sendirilah yaa.....

Hamekau!
Satu peti ubat aku selongkar, semata-mata nak carik ubat tahan sakit.
Takda. Last-last aku telan 2 bijik ubat demam.
Tak jalan jugak.....

Haaa, tu dia.
Senonoh sikit rupa kaki aku lepas Teng balut.
Tongkat tu pulak kepunyaan Biela.
Sungguh-sungguh diorang suruh aku pakai tongkat tu.
Dan bersungguh-sungguh jugak aku kata
"AKU TAK RETI LA NAK GUNA TONGKAT NI!!!!"


Malam tu jugak, aku tak dapat join Anis, Eton, Fatin, Yani ngan Ain siapkan report English. Mintak maaf gila korang ya.

Kaki tengah sakit dan masih tak sedar diri lagi, menapak jugak ke bilik Dayah,
mintak tolong roomate dia yang semuanya bakal doktor, merawat kaki aku.
Terima Kasih bebanyak kat Bie yang menyedekahkan pembalut kaki kat aku dan terima kasih kat Teng sebab membalut kaki aku ni.
Malam tu, aku tidur dengan nyenyaknyaaa....
Sepanjang kaki aku terpeleot, berapa banyak kali ibu ngan abah tepon.
Huhuhu, risau gila diorang kat sana...

Esoknya, aku pegi klinik untuk dapatkan rawatan lanjut dan ubat.
Hari sabtu pulak dengan gembiranya aku pi kuliah macam biasa.
Siap main kat gim lagi. Wahahaha.
Kawan-kawan aku sumer bising jek, suruh aku duduk diam-diam.
Tapi tak makan samannya cik pidah ni...
Lagipon,
Abah aku cakap, kalau sakit tu, jangan dilayan sangat. Nanti laaaaaaaggiii sakit..

Lepas tu, tak sampai seminggu,
Alhamdulillah, kaki aku sembuh balik. Siap berlari-lari lagi. Hahaha
Orang dah dapat kaki gituler....

Woot woot!!!

Love, Fyda

No comments: