Sunday, February 13, 2011

EmpatbelasFebruari


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!
Menjelang 14 Februari,
Berakhirnya......13 Februari.
Menyambut hari ini,
Rasa teruja gilaaaaa!
(nyanyi ikut rentak Menjelang Hari Raya)

14 Februari selalu buat aku teruja dan berahi!
Wahaha.
Sebab Valentine's day ke? Oh, tidak, tidak.

Ada kejadian yang lebih penting daripada 'Hari Kekasih' tu.

Hari yang lagi istimewa, special, important, dan penting!

14 Februari, lahirnya seorang bayi perempuan yang diberi nama Norazah binti Sulaiman. Beliau membesar sebagai seorang gadis yang comel lote dan pada hari lahirnya yang ke 20 tahun, beliau telah sah menjadi isteri kepada Jamaludin bin Abdullah.

Sekiranya tiada 14 Februari itu, ibu yang saya sayang tidak lahir ke dunia ini. Sekiranya tiada 14 Februari itu, tidak terjadilah Rafidah binti Jamaludin di dunia ini. Hehehe Yup, tarikh istimewa 14 Februari ialah tarikh lahir ibu aku dan pada tarikh tu jugak sahnya ibu dan abah aku bergelar suami dan isteri. ^^
What a story..


Tapi 14 Februari 2011 kali ni tak sama dengan 14 Februari yang lepas-lepas. Huhuhu!
Ibu, pidah teringin nak makan kek! Uwaaaa!!
p:s/ Kat lyra sekarang ni ada orang tengah happy makan kek hari jadi.. =P



Ibu!
Omma ya!
Selamat hari jadi yang ke-39!
Seangil chukha hamnida!!
Semoga ibu panjang umur, murah rezeki dan sihat-sihat selalu,
Teruskan beraerobik, tapi jangan terlalu obses nak kurus sangat
Nanti tak seronok nak peluk. Hehehe
Tunggu pidah balik bulan April nanti.
Boleh kita meronggeng bersama-sama!
Sayaaaaaaaaaaaaang ibu!

Ibu dan Abah!
Omma ya! Appa ya!

Happy anniversary!

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-19!
Hehe, walaupun ni ulangtahun ibu ngan abah,
tapi rasa macam hari jadi pidah pulak.. Hehehe Semoga bahtera perkahwinan yang dibina kekal abadi selama-lamanya,
Semoga terus bahagia dengan anak-anak yang banyak ragam dan keletah..

Semoga kekal ke bakal cucu, cicit, buyut, boyot, etc,etc.... Hehehehe.....


Tak lupa jugak ucapan terima kasih kepada Atok dan Nenek tersayang
Sebab sudi melahirkan dan membesarkan ibu tersayang saya!
Hehehe

p:s// Ibu dah beli phone baru! Hehe, boleh mengumpat panjang-panjang lpas ni!
Love, Fyda

No comments: