Sunday, June 20, 2010

[100620] Selamat Hari Bapa =)


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!

Salam bloggers imaginasi tercinta.. Sila tekak-tekuk, hari ni hari apa? Salah! Hari ni bukan hari isnin, bukan hari raya, dan juga bukan hari-hari(cantik di hari mudah di hati). Tapi hari ni adalah hari yang sangat istemewa yang disambut oleh semua bapa-bapa(excluding bapa ayam) diseluruh dunia..
Dan pada kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari bapa buat abahku yang tercinta! Abahku yang jauh dimata namun dekat di hati dan hanphone. Hehe. Malam tadi aku dah wish dah. Aku buat kad yang simple dengan bunga-bunga cinta dengan ucapan "Selamat Hari Bapa..Pidah Sayang Abah". Pastu dengan menggunakan kecanggihan dan kemajuan sains dan teknologi, aku snap gambar kad tadi lalu dengan itu maka aku meng'MMS'kannya kepada abah tercinta.. Pastu abah balas "Terima kasih,abah pon sayang sangat2 kat anak2 abah.Terima kasih..Terima kasih.. Jangan nangis lagi tau. Ok abah kena tido esok nak keja pagi."

Banyaknya terima kasih abah atas ucapan aku yang tak seberapa tu. Patutnya aku yang patut banyak berterima kasih kat abah.. Sebab abah, aku lahir ke dunia ni, sebab abah, jantina aku perempuan, sebab abah aku membesar dengan sangat pesatnya dan sebab abah jugak aku disini.. Jadi, TERIMA KASIH ABAH...

This morning, lepas bangun tido, aku hantar lagi MMS kat abah. Kali ni gambar aku pulak. Hehe. Nak post diri sendiri ke Pasir Gudang, beratnya overload pulak. Jadi aku hantar gambar je.. Abah balas "CANTIKNYA anak abah ni.. Ini hadiah hari bapa paling CANTIK abah pernah terima. Stay this way every moment..Dah "anak dara" dah anak abah ni".. Wahh, kembang setaman aku kejap.. Terus pakai bedak tebal-tebal. Hehehe..

Dan aku tak sabar sangat nak balik Pasir Gudang!! Janji abah untuk naik ke Banting minggu depan terpaksa dibatalkan. Sebab masa tu tengah hujung bulan. Abah belum gaji. Nak datang sini duit tol, duit minyak, duit makan bukan singgit dua inggit. Beringgit-inggit... Kalaulah elaun aku dah keluar, aku sponsor duit tol, duit minyak semua.. Tapi aku redha kot.. macam abah cakap, walaupun pada zahirnya kita berjauhan, tapi batinnya kita semakin erat... Aku pegang kata-kata tu!! Bulan Julai, aku menantimu dengan penuh ketabahan, keazaman dan kemutuan!!


p:s/-Auntumn In My Heart marathon last night with Dayah,Farah and Lydia sangat daebak! Han Tae Suhk!!!


Love, Fyda

No comments: