
Motif gambar Do Hyeong?
Dia cute!!
Dia cute!!
Esok, oh, esok. Risau betul aku dengan hari esok.. Apa pasal? Sebab esok aku nak pi interview untuk SPA(bukan spa Q ye..) a.k.a Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ni kalau korang nak kerja dengan kerajaan memang eloklah sangat mohon SPA ni.
Kalau interview jek takpe jugak tapi ni ada sekali dengan peperiksaan khas. Aduhaii, aku ni dah lama tak ujian-ujian bagai ni. Almaklumlah, dah dekat 5 bulan jadi penganggur tetap kat rumah ni(tak dek kena mengena..)
Peperiksaannya mula pukul 8.00 pagi. Tapi kena ada kat sana 15 minit awal. Hari ni pulak, abah kerja malam. Esok pukul 7 baru balik. Risau jugak aku kalau tak dapat sampai 15 minit awal. Nak citer sikit pasal peperiksaannya.
Peperiksaannya terbahagi kepada 2 seksyen. Seksyen A, soalan aneka 4 jawapan. Kira macam soalan objektiflah.. Ujian ni untuk kenal pasti profail sahsiah diri aku berdasarkan aspek personaliti, kecerdasan dan kemahiran. Hamekkau, segala bagai dia nak tau.. Ni nak kena jujur yee..
Seksyen B pulak pasal minat dan kecenderungan aku dari segi bidang yang ingin aku ceburi. Kiranya dia nak taulah aku ni minat tak kat jawatan yang aku pilih tu..
Pasal jawatan pulak, aku pilih ;
-Jurupulih Perubatan Anggota Pelatih
-Jurupulih Perubatan Cara Kerja Pelatih
-Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pelat
-Juruteknologi Makmal Perubatan Pelatih
-Penolong Pegawai Farmasi Pelatih.
-Jurupulih Perubatan Cara Kerja Pelatih
-Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pelat
-Juruteknologi Makmal Perubatan Pelatih
-Penolong Pegawai Farmasi Pelatih.
Sila, panjang bagai nama jawatannya.. Bertahun aku amek masa nak hafal nama-nama jawatan ni.. Kehkehkeh.. Ni, kalau aku lulus temuduga ni, aku akan menjalani latihan separa perubatan selama tiga tahun. Bila dah graduate jek, aku akan diperakukan
Selain dari SPA ni, aku tengah tunggu jugak keputusan UPU. Mana tau ada rezeki aku nak masuk IPTA, kan? Hehe. Tapi, aku tak boleh main-main masa interview esok. Kena sungguh-sungguh. Yelah, mana tau kalau-kalau SPA ni aku tak lulus interview, UPU pun tak dapat, tak ke naya? Tawakal ajelah yaa.....
Love, Fyda

No comments:
Post a Comment