Showing posts with label Super Show 3. Show all posts
Showing posts with label Super Show 3. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Super Show 3- Part 4


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!
Salam.
Part 1 Part 2 Part 3
Part 4 of Super Show 3!

Bila pintu stadium dibuka.. Apalagi, terjah!!
Semasuknya kitorang dalam stadium, kitorang pon berlari-lari anak sambil cari pintu untuk seksyen U19.
Bila dah jumpa, lompat-lompat macam kucing dapat ikan. Hehe. Sebelum masuk, kena cek lagi tiket kitorang.

Uwaaaa! Tu ekspresi pertama bila masuk dalam stadium. Sumpah besarr gilakk!
ELF di rockpitt dah memenuhi ruang..

Sebelum

Selepas

Fuh,fuh! Sumpah ramai gilaa orang. Macam jeles pon ada jugak tengok ELF di rockpitt.. Tapi macam bersyukur pon ada gak. Almaklumlah, saya tak berapa suka sesak-sesak ni.. Huh,huh..

Walaupun rasa macam ELF di rockpitt untung, tapi kami laaagi untung.
Nampak backstage kau!
Kira kami yang duduk kat bahagian hujung ni jerit dulu dari ELF yang duduk kat rockpitt ngan yang jauh dari stage.. Sebab namapk Super Junior dulu! =D

Saya ngan roomate saya duduk bersebelahan, seat D, 23 dan 24.
Kawan saya Ezza, tercampak nun jauh dari kitorang.
Hemoh,hemoh. Saja gedik-gedik beli skarf reben berlampu tu.
Memang niat aku nak mencarik menatang tu pon.
Comel tak? Lepas ni boleh pakai pi kuliah.. Wahahaha

Tengah sibuk-sibuk amek gamba, usah-usha backstage, tetiba ada satu suara merdu panggil nama aku. "Fyda...". Fuh, terkejut aku, nyah! Ingatkan kawan aku Ezza yang panggil. Sekali, surprise!! Kawan lama saya, Fika rupanya!! Wooh, cun sungguh dia. Haha, almaklumlah, nak jumpa Abang Siwon, kan. Hehehehe.

Aishh, tulah dia.. Kitorang terpisah satu row je..
Rindu sungguh saya dekat kamu Fika.. =))

Gambar ni dari Ezza.

Oh,oh.. Sebelum Super Junior keluar, dua orang DJ dari Fly.fm ,Hafiz and Jack(...lagi sorang tu terlupa pulak nama dia. Sorry ya abang DJ. I call U Jack je lah ya) entertain kitorang.
Sumpah diorang ni best! Diorang buat kitorang lagi high dan tak sabar-sabar nak tunggu Super Junior keluar!
Diorang punya interaction ngan ELF pun best. Diorang tau nama fan and warna official kitorang.
Yang bestnya, diorang suruh ELF nyanyi lagu Sorry Sorry sambil diorang menari. Haha, cutelahh diorang..
Lepas tu diorang suruh ELF buat Malaysian Sapphire Blue lightstick wave. ;D
I like!!
Favourite part!!
DJ's: Who's here single? Put up your hands?
ELF:(Well, mostly ALL of us put up our hands)
DJ's: Who wants their boyfriend..... SUPER JUNIOR?!
ELF: Of courselah, kan the whole stadium sceaming hesterically. Including me lah.
DJ's: Who wants their boyfriend......Hafiz?!
ELF: As expected no response from us. Senang citer tak berkutik langsung.. Haha
DJ's: Who wants their boyfriend Super Junior?!
ELF: Of courselah again... KYAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!
DJ's: (Again) Who wants their boyfriend......Jack?!
ELF: . . . . . . . . . . . . . . . .
DJ's: Super Junior?!
ELF: KYAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!
DJ's: HAfiz?!
ELF: . . . . . . . . . . . . . . . .
DJ's: Super Junior?!
ELF: KYAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!
LOL!
And they also thanked all the sponsor who made Super Show 3 came true while ELF shouted 'KAMSAHAMNIDA'!
After they entertained us, they go backstage and few VTR's are shown at screen.

Kyaaaaa!!
Few Super Junior songs are also played..
Dup dap dup dap!!

Suddenly we, ELF who seat near to backstage screaming hysterically!
Guess what we saw?
People in white outfits, SUPER JUNIOR!
Though we only saw their legs but, we already screaming macam orang gila!
Rockpitters macam pelik jek, apahallah diorang dah jerit dulu..

Then I saw EunHyuk! He went to a small room at the backstage.
I went "OMO! HYUKJAE!!!"
He looked so hot even dalam gelap!

Then... The lights dimmed....
The whole stadium become dark and only Sapphire Blue Ocean are visible..
And KYAAAAAAAA!!!
It's the sign that the concert has started and Super Junior will come out from nowhere in any minute!!

ELF chant: Super Junior Super Junior Super Junior Super Junior Super Junior Super Junior Super Junior Super Junior over and over again until................

NEXT! Part 5!!
pfft.. Tetiba jek terspeaking,kan.. =P

Love, Fyda

Super Show 3- Part 3


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!

Salam.
Part 1 Part 2

Disebabkan 30 minit lagi aku ada kuliah Math, maka entry ini dicipta dengan laju-laju! Hehe.

Lebih kurang jam 3.00 petang, ELF dah mula beratur untuk masuk dalam stadium.
Walaupun belum boleh masuk lagi, tapi diorang dah semangat beratur awal-awal.
Termasuk lah we all. Hehehe
Disebabkan hari hujan, kiotorang berteduh la sekali sambil tunggu kaunter tiket dibuka.
Sementara nak tunggu kaunter tu bukak kawan saya Amalina dan Ezza pergi cari makan dulu. Dey all beli burger Marrybrown. Oklah tu..
Lepas tu dey all baru tau yang tiket online kena tukar dengan tiket sebenar sebelum masuk stadium.
Apalagi, cepat-cepat la dey all pegi beratur untuk redeem tiket.
Hehe, tu la first time aku dapat pegang tiket konsert. Fuh,fuh!

Cheers for tickets!!
Hiraukan jerawat saya yang bertimbun tu.

Fuh,fuh. Ramai gilaa orang.
Mereka-mereka ni pemilik tiket Rockpitt and Terrace.
Yang membawa maksud tiket diorang mahal gila!

Yang dalam plastik tu official merchandise Super Show 3!
Teringin nak beli, tapi mak takdak duit nyah!!

Masa beratur, dup dap dup dap jantung we all.
Oppa, wait for us!
Dah nak masuk dah ni!!

Akhirnya pukul 4 petang baru kaunter dibukak. Baru lah tiket-tiket ELF diperiksa oleh staff RITS. We all tersangat lah excited lepas diorang dah cek tiket terus lari naik tangga sambil jerit-jerit. Hahaha.
Sampai je kat pintu utama, rupanya pintu tu tak bukak lagi.
Huh,huh, tunggu setengah jam lagi sampai staff bukak pintu.


Kyaaaaaaaa!!!!
One more step to meet SuJu oppa!

Amalina dah tak sabar nak jumpa Kyuhyun,
Ezza dah tak sabar nak jumpa Leeteuk.
Saya pulak dah tak sabar nak jumpa abang-abang ipar dan adik ipar saya!!

Masa tengah beratur, disebabkan semua ELF sangat excited, kitorang chant 'Super Junior, Super Junior' lapanplohlapan kali. Haha. Dan sebab dah tak sabo sesangat nak masuk dalam stadium kitorang chant 'OPEN,OPEN' lagi lapanplohlapan kali.

Bila pintu tu terbukak je.. Kyaaaaaaa!!!!!
OPPA!!!!!

Belum habis lagi!! Next part, dalam stadium.
Tunguuuu!!
Love, Fyda

Monday, March 21, 2011

Super Show 3-Part 2!


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!
Appa kabbar Malaysia!!
Fyda kembali lagi untuk part 2 of Super Show 3!!
Ready for part 2?

Before the concert!
Yeah! We all sampai dekat perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil lebih kurang pukul 12.00 tengahari.
Masa tu dah ramai dah ELF berkumpul.
Waaaa, biru semata-mata mereka ni. Semangat ok!
Walaupun 6 jam lagi baru konsert mula, jalan dah mula jam.
Manusia yang turun dari LRT berduyun-duyun.
Semua pun dah tak sabar nak jumpa oppa!! =D


Biru je, kan?
Kat depan stadium tu je dah penuh gerai-gerai yang jual lightstick, banner, button badge, barang-barang ke'SuJu'an sama ada yang ori ataupun tak. Heheh

Bagi ELF pulak, masa camni lah nak bergambar dengan banner-banner fanmade yang bergantungan dengan gahnya kat depan stadium tu.
Fuhh! Gempak!

Henry Mochii!!

Fuhh! Amazed at Hyukkie's abs. =P
Baby Kyu!
Ini Amlina punya favourite.
Yang sebelah saya tu Ezza ya.
Niga animyeon andwea!!
Kim Jong Woon!
Yang baju putih tu Amalina
It has to be you!
YESUNG HOT!
Oori leader!!
Fuh! Siap tayang sekali baju MYSJ. Sumpah lawaaa gilaaa!!

Sesambil bergambar dengan banner ni, kitorang kumpul hand banner yang 'in charge' ELF bagi secara free kepada audience. Sumpah sweet gilak diorang ni.

Ada beberapa hand banner yang berjaya aku kumpul. Nanti bila-bila aku upload yaa.. Aku ada kumpul hand banner untuk Heechul, Shindong, Sungmin, Ryeowook, Kyuhyun dan banyak laagi.. Tapi agak terkilan sebab tak dapat hand banner 100% Love for Park Jung Soo. Sedih.. =((

Eh, belum masuk lagi part during the concert ya.. So tunguuuu..
Lepas ni Part 3!!
Love, Fyda

Super Show 3- Part 1


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!
Salam!
Appa kabbar Malayysiiaaa!!

Wahhhhh!!
Super Show 3 Malaysia dah pon tamat dengan jayanya 19 Mac yang lepas..
Kenangan malam pertama dengan Super Junior tercinta takkan dapat aku lupakan!
Mana boleh lupa weyh!!!

Jumaat, 18 Mac jam 1.00 petang,
Aku, Amalina dan Ezza berangkat ke kediaman Amalina di Setiawangsa.
Hehh, niat di hati nak balik rumah sendiri, tapi apakan daya, saya menetap jauh di rantau orang..

Ayah Amalina, Uncle Azmi hantar kitorang sampai Stesen LRT Putrajaya je.
Sebab dia ada meeting kat Putrajaya dan tak dapat hantar kitorang sampai Setiawangsa..
Dari stesen tu, kitorang naik ERL ke KL Sentral.
Believe it or not, ni kali pertama aku naik ERL..
SUMPAH LAJU GILA! NAK NAIK LAGIKKK!!!
Sesampainya kat KL Sentral, kitorang terus berlari (menipu gila) mencari foodcourt.. Lapakk gilakk dah ni..
Bila perut dah kenyang, hati dah senang, maka kami pun meneruskan perjalanan ke Setiawangsa dengan menaiki Putra.
Heh, aku ni bukan anak jati Kuala Lumpur.
Jadi kalau korang tunjuk kat aku LRT ke, KTM ke, Rapid KL ke, keretapi ke, semua aku nampak samaaaaaaa je..

Dari Stesen Putra Setiawangsa tu, kami menaiki kereta yang dipandu oleh ibunda Amalina ke kediaman Amalina. *Aisshh, ke'skema'an ayat ni terserlah dengan gahnya!
Sesampainya kitorang kat rumah Amalina, kitorang pun memulakan bisnes menunaikan solat Zuhur dan Asar.
Lepas tu, kitorang jalan-jalan cari-cari kat Jusco Setiawangsa (agaknya kot) menaiki kereta yang dipandu Amalina sendiri.
Best woo ada lesen kereta. Nak pegi mana-mana tak yah jerit 'Teksi!!!'
Kat sana, kitorang jalan-jalan, cuci mata, beli-belah, bla,bla,bla..
Tepat jam 7.00 petang kitorang berangkat pulang ke rumah Amalina..
Malam tu kitorang makan Spaghetti yang mak Amalina masak.
Mmmuaahkkkxxx!
Marvellous!! Delicious!! Supressiose!!

Malam tu, kitorang tengok RajaLawak Final!
Tahniah ya dekat Juara kita, Man! You're the man lah. Hahaha
Walaupun ni episod final, tapi bagi aku ni lah episod pertama.
Hehh, orang lain sibuk undi Man, aku sorang-sorang sibuk undi Abang Zizan.
Hakz, Abang Zizan HOT!

Lepas tengok Rajalawak, kitorang tido! Wahaha..
Apalagi, esok nak pi konsert weyhh! Tido awal, bangun awal.. Tak gitu?

Nanti-nanti aku sambung Part 2 ya.
Kelas ICT da abes da.. =D


Love, Fyda

Super Show 3 DAEBAK!!


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!
Salam.
Waahh! Dah dua hari konsert Super Junior, Super Show 3 tamat.
Tapi roh aku masih lagi berada kat Stadium Putra Bukit Jalil bersama oppa-oppa tercinta.

Meh sini, aku kongsi sikiiit jek gambar masa konsert tu.
Sikiit jek ya. Sebab 10 minit lagi aku ada kelas, jadi tak dapat nak upload banyak2..


Waaaa!
Pada hari kejadian baru aku dapat pegang tiket Super Show!!

Waaa!
SuShow 3 opening,
FLYING HAE!
Omo, omo, omo!!

Pure Sapphire Blue!!
Malaysian ELF jjang!!!

Okeh, sudah.. Nanti kelas ICT ada masa aku upload lagik.
Nak lari ke koop, cari surat khabar.
=D

Love, Fyda