Sunday, October 2, 2011

Alkisah Kening



슈퍼주니어,난너없이 못살아!!

Assalamualaikum.
Salam Satu Malaysia.


Ini mungkin entri terakhir sebelum aku meninggalkan tanah Pasir Gudang tercinta. Hari-hari terakhir di bumi Darul Taazim ni aku gunakan sepenuhnya bersama keluarga, kucing-kucing, tilam busuk, periuk nasi, pinggan, kucing jiran, kura-kura dan segala elemen-elemen yang berada kat dalam rumah ni. Nanti bila dah jauh tak lah terindu-rindu.

Kening. Semua manusia ada kening. Kalau yang tak berkening tu sangat anehlah dipandang mata macam retis-retis yang suka amat mencukur kening mereka. Pelik. Kenapa ramai yang rasa diorang cantik, hot, panas dan sexay bial cukur kening. Serious tak faham. Apa de hal lah tetiba je aku citer pasal kening ek?


aku tau ni bukan kening.

Ehem, ehem. Aku pun ada kening jugak. Hehe. Nama kening aku, Mike. Berumur 19 tahun. Mike ni lain pesen sikit. Bukan sebab ia sopak atau berwarna putih. Bukan jugak sebab ia panjang mencecah bahu. Tapi sebab Mike terdiri dari rerambut yang tebal dan bercantum ditengah-tengah batang hidung aku macam jambatan yang menghubungkan KLCC kiri dan KLCC kanan. Ramai yang selalu tegur tentang keunikan Mike. Sebenarnya aku mewarisi Mike dari moyang aku yang merupakan imigran dari India. Dan disebabkan kening aku yang bercantum tu jugak aku selalu di cop sirim oleh kaki-kaki percaya mitos sebagai seorang yang kuat cemburu. Heh. Stereotaip.

Entah. Aku tak berapa nak pasti pasal mitos tu. Tapi aku dengan rendah dirinya mengaku yang aku agak kuat cemburu. Bukan cemburu disaat terlihat makhluk boyfriend yang aku tak punya berbual dengan mak cik café, tapi cemburu yang lain. Perkara cemburu yang boleh dikatakan tidak normal.

Perkara Cemburu 1.
Cemburunya tahap Dolce & Gabana bila aku terlihat cik kucing, Ecah tidur sekatil dengan adik aku. Terasa macam cik kucing aku tu lebih sayangkan adik aku dari aku. Apa lebihnya dia, apa kurangnya aku? Dan disebabkan kecemburuan yang melampau, aku menolak adik aku jauh dari katil lantas men’copet’ katil beliau dan dengan automatiknya aku berjaya tidur bersama cik kucing. Puas hati. Haha.

Perkara Cemburu 2.
Ibu aku mempunyai saiz kaki yang dua kali ganda kecik dari aku. Jadi, beliau sentiasa berjaya menyarung sepasang high heels lip lap lip lap dengan mudahnya.Untuk menangani kecemburuan tu, aku kerap menyarung kaki gajah aku ke kasut-kasut ibu dengan harapan kasut itu kembang sekuntum. Kejam. Yang anehnya, aku tak pulak cemburu bila ibu berjaya menyarung busana-busana trend terkini yang tak termuat oleh ku. Hmmm.

Perkara Cemburu 3.
Aku dengan mudahnya cemburu bila terlihat ada si polan berjaya membuat seorang bayi comel ketawa. Pelik, hairan, aneh aku, ilmu batin apa yang diguna oleh si polan tadi sampai terkekek-kekek mak iloi iloi bayi comel tadi ketawa. Dan kenapa bayi comel itu teramatlah sukanya menangis terlalak-lalak disaat aku mencoba untuk membuatnya tertawa? Kenapa? Hina sangat ke aku ni? Ya tuhan, bantulah hambamu ini! *tetiba jadi slot sinetron.

Perkara Cemburu 4.
Ini perkara cemburu yang paling tak boleh diterima akal. Aku cemburu yang amat campur kesakitan hati luar biasa bila terlihat anak-anak jiran terkeseng-keseng, bermanja-manja, bergurau senda dengan abah tercinta. Rasa nak pusing budak-budak tu laju-laju. ‘’Hei kids! He’s my dad. Go get your own!’’. Terserlah ke’KKS’an budak-budak tadi tu. I know I act childish, tapi macam tak rela berkongsi kasih abah dengan anak-anak jiran. Hey, I’m still my dad’s little girl.

Heh. Aku tak rasa yang sifat-sifat cemburu aku tu puncanya dari kening bercantum aku. Biasalah, aku manusia biasa. Perasaan cemburu tu perasaan biasa yang ada dalam diri setiap insan kerana diriku begitu berharga, TM. Tapi bila perasaan cemburu tu tak terkawal, luar biasalah jadinya. Jadi, kita sebagai makhluk ciptaan Allah yang diberi kewarasan akal untuk berfikir, gunakanlah ia sebaik-baiknya supaya perasaan cemburu tu tak bertukar jadi iri hati atau hasad dengki. Parah, parah.


1 comment:

happycloud said...

aku dulu kening cantum gak, org ckp benda sama. lepas tu, skang akuu pelik, knapa NI tak cantum? HMMMM

sebab aku pun tak pernah cukur, kan Haram