Tuesday, September 20, 2011

#Tips: Open House


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!



Tak tau apa motip gambar.

Assalamualaikum.
Salam Satu Malaysia.

Semua orang masih lagi dalam mood berhari raya. Dan ramai jugak yang tengak sibuk merancang untuk buat open house di rumah masing-masing. Jadi hari ni, aku nak kongsi tips pasal adab tuan rumah. Ni khas untuk mereka-mereka yang nak jemput keluarga, sahabat handai ke majlis rumah terbuka nanti.

1. Sebelum Majlis
Sebelum korang menjemput tetamu datang ke majlis open house korang, korang kena take note tentang beberapa perkara iaitu;

1.Bila tarikh nak buat open house?
Pilih tarikh atau hari yang sesuai untuk korang buat open house. Janganlah pilih hari di mana tetamu yang bakal korang jemput tu bekerja. Nanti kang korang dah msak penat-penat, takda siapa yang datang. Kan dah membazir tu..

2. Bila majlis mula?
Masa majlis mula pun penting. Jangan buat terlalu awal dan jangan terlalu lewat. Masa yang sesuai adalah selepas Zuhur ataupun selepas Isya'.

3. Siapa nak jemput?
Ni pon penting jugak. Kalau majlis yang korang buat tu terbuka untuk semua orang, sesapa yang korang jemput pun tak kisah. Tapi kalau majlis tu korang khaskan nak jemput kawan-kawan sekolah, jemput kawan-kawan sekolah sahaja. Tak perlu nak jemput mereka-mereka yang tak berkenaan. Sebagai contoh; korang punya open house khas untuk 'Geng Boxer' je. Tapi korangjemput sorang 'Geng Kain Pelekat'. Tak ke kesian kat orang tu nanti, kan?

2. Semasa Majlis.
Yang ni senang je. Bila semua tetamu dah sampai, layanlah sebaik-baiknya. Korang dah jemput diorang, diorang dah datang, layanlah elok-elok kalau tak nanti diorang tak nak datang lagi rumah korang.

3. Selepas Majlis
Ni pandai-pandai korang nak kemas balik rumah bila tetamu dah balik nanti. Hahaha.

Tapi, paling penting, kita mesti back to top. Bersederhana dalam semua perkara. Jangan buat majlis yang over the budget. Nanti korang sendiri yang rugi. =D




No comments: