Thursday, September 29, 2011

Couple tu Pelik


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!

Assalamualaikum.
Salam Satu Malaysia.

Couple? Haha, aku kenal ayat tu masa aku Tingkatan 1. Sebelumnya, memang aku tak tau haram jadah apa tu couple.

Biasalah, trend anak muda masa kini. Couple itu mesti. Kalau tak couple tu macam makan nasi tanpa kicap, kononnyalah. Apa motif aku buat entry pasal couple? Mungkin sebab aku takde life. HAH!

Sepanjang aku hidup 19 tahun ni, aku tak pernah couple walau sekali pun. Sungguh, aku tak tipu. Tapi, kalau minat kat mamat tu, crush kat abang tu, tergoda kat minah tu, ehem, yang itu selalu la. Maka dengan itu, ada beberapa perkara yang buat aku pelik bila nampak pasangan couple.

Perkara Pelik 1.
Macam mana dua orang boleh tersuka antara satu sama lain. Contohnya macam Ali suka kat Siti, tetiba Siti pun sebenarnya dah lama suka kat Ali. Sedangkan Ali tak pernah pun kenyit-kenyit manja kat Siti, Siti pulak tak pernah senyum-senyum kucing kat Ali, tapi tetiba diorang saling suka antara satu sama lain. Macamana perkara ni boleh terjadi? Aku serious pelik.

Perkara Pelik 2.
Aku selalu terfikir dan terpelik, apa yang dibualkan oleh pasangan couple setiap kali diorang ber’sms’. Biasalah orang couple. Mana boleh jauh dari handphone. Berdering setiap saat tanda sms masuk. Yang menjadi kepelikan aku, apa yang dibualkan oleh pasangan tadi sampaikan handphone tak boleh lekang. Berbual pasal ekonomi negara ke? Politik ke? Lisa Surihani ke? Tarikh nak nikah ke? Pelik aku. Takkanlah diorang berbalas ‘I Leb U’ je sepanjang masa sampai kena topap setiap 3 jam, kan? Apa yang diorang bualkan sebenarnya ek?

Perkara Pelik 3.
Kenapa selalu sangat nak dating? Ni bagi kategori budak-budak sekolah/kolej/universiti la. Kat sekolah dating, dalam kelas dating, masa rehat dating, balik dating lagi, lepas Asar dating kat taman, malam pulak dating kat kelas tambahan, hujung minggu dating lagi pi tengok wayang. Perlu ke nak menghadap muka masing-masing tiap-tiap hari. Diorang tak bosan ke? Diorang takde kerja lain ke selain berdating? 24 jam wajib berkepit dengan couple memasing. Diorang tak rimas ke?

Perkara Pelik 4.
Macamana makayah diorang dengan sportingnya berkenalan dengan couple diorang. Merestui hubungan anak diorang. Siap buat majlis ala-ala sambut menantu bila anak diorang ada couple. Kenalkan dengan sedara-mara, nenek, moyang, buyut, jiran-jiran, canang satu kampung. Kalau anak diorang dah bekerja ke tak kisah la. Ada harapan buat menantu. Tapi ni, baru tingkatan 2. Pergi holiday satu famili, bawak couple anak diorang sekali. Perlu ke? Lepas tu bila diorang gaduh, makayah diorang pun masuk campur sekali. Mendamaikan anak memasing. Eh, makayah aku pun sporting jugak, tapi taklah sampai sedrastik itu. Kalaulah aku ni kenalkan couple aku kat makayah aku, mau aku ngan couple aku kena sesah dengan penyapu. Hmppfft..

Perkara Pelik 5.
Kenapa kena ada panggilan nama yang ala-ala manja ek? Macam mama-papa, mummy-daddy, bie-hubby, baby-buchuk, gegurl-boboy, ayang-cyunk, upin-ipin, heh. Tak boleh ke guna panggilan nama yang normal. Macam awak-saya, I-You, kau-aku, abang-sayang atau guna nama memasing je, Fida-Kibum.

''Kibum sayang Fida tak?’’

‘’Eh, mestilah Kibum sayang Fida. Ada ke tanya soklan pelik camtu.. Fida nihh..’’

Perkara Pelik 6.
Bila dah clash pulak lain cerita. Kalau yang edisi tak bertegur sapa lepas clash tu perkara biasa. Tapi, yang bila clash boleh jadi kawan baik tu yang buat aku pelik. Diorang tak rasa akward ke? Yelah sebelum ni pernah memadu asmara sama-sama tetiba, jodoh tak panjang, clash lepas tu boleh jadi kawan. Berbual macam tak pernah jadi apa-apa antara diorang. Boleh pulak tu kenalkan couple baru diorang kat ex memasing. Aku pelik, takkanlah diorang tak rasa apa-apa? Cemburu ke? Sayang ke? Takkanlah takde walaupun sikit?


Heh, ni la antara perkara yang selalu menjadi persoalan dan kepelikan aku pasal couple. Ilmu aku pasal couple ni terlalu cetek sebab takde pengalaman. Aku ngan Kibum dulu pun tak couple. Kitorang terus tunang. Hehe.

Lagipun buat apa ada couple kalau kita ada makayah, famili, kawan-kawan yang selalu ada disamping kita saat susah dan senang, kan.
P/S: Gambar credit kepada, member-member matrik. Ehe.


3 comments:

Kucing Serius. said...

Ahaha. Okay okay. Ini based on pengalaman2 aku lah.

Pelik 1.
Everything starts from friendship. Aku gedik sikit sikit dengan dia,selalu contact2 dengan dia. Tapi bukan menggoda.

Teruskan selalu,nanti sangkut. Ehem.

Things memang selalu start with friendships,and then the feeling itself will come. Without warning. Tiba tiba je datang.

Masa tu yang masing masing akan mula rasa lain. Mula rasa connected to each other.

Pelik 2.
Akan ada jeee topik yang muncul kat kepala. Tak kira apa. Hahaaa. Takdalah Ailebiu ailebiu sepanjang masa. But,akan ada je lah topik apa apa. Tanya khabar ke,apa ke.

Selalunya takdalah 24 jam melekat dengan henpon. Pasal,bagi masa dan ruang,and then set time nak spend loving loving ni. Ehem.

Pelik 3.
Yang 24 jam berkepit tu,menyirap lah tengok. Honest. Selalunya,kalau 24 jam berkepit ni memang tak lama. Aku dulu tak ada lah kepit selalu.

Memang,as a guy,akan ada muncul time time dah bosan tu. Sikit sikit lah. But,sekejap je. For the sake of relationship kan. The guy mesti ada something new on each date. Ehem.

Itu yang memenatkan.

Pelik 4.
Mak ayah aku pun sporting gak. Pernah gak tolong masa aku dengan awek aku dulu ada problem. Siap kowtim gila dengan awek aku dulu. Tapi tengok lah keadaan kan.

Kalau Form 2 tu memang sangat tak logik lah nak buat lebih lebih. Sekadar kenal tapi layanan appropriate tu okay lah kan. Aku pun tak setuju kalau ada lebih lebih. Mak aku pun layan ex aku tu okay okay je,ada batas.

Pelik 5.
Ehem. Aku pernah jugak terguna MAMA PAPA. Pasal rasa macam best gila masa tu. Haha. Bila pikir balik,macam buduh gak. But,kinda fun in the relationship to use it OCCASIONALLY because it brings something different in the relationship.

And when something different and new is brought up,it brings new spark in the relationship. Buatkan lagi best.

Selalunya aku panggil nama je. Kadang kadang je panggil nama lain. Nak gedik gedik. Masa tu tengah berbunga kan. Mana pikir atau rasa geli ke tak. Haha.

Pelik 6.
No comment. Aku pun berkawan dengan ex aku sekarang,yang mak aku suka gila dulu tu. But,sangat menyakitkan hati bagi aku. Not for her. Sedih. Terlampau sedih.

Bagi aku,because it started with a friendship,and then relationship. So even relationship ends,the friendship must stay. Takkan pasal satu benda,terus nak putus selamanya kan.

Sahabat tetap sahabat. Yang lain lain tu,kalau ada jodoh,tak ke mana.

han eba said...

aku tak tahu, jangan tanya aku. time aku dengan Hae dulu pun, kami tak sempat nak kapel, dia dah masuk minang terus nikah. LOL. hahahahaha. ala, buat buat lupe lak, kibum kan jadi saksi ;P *oh so geli*

seriusly, aku tatau. nanti aku tanya org yang dah pro

~FYDA~ said...

ohho, tau. kibum ada tunjuk gamba. haha.