Monday, July 25, 2011

Bila Dia Mengaum...


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!
Assalamualaikum!!

Apa khabar semua! Weeee, saya rindu nak berblogging macam saya rindu nak makan lempeng cicah susu pekat F&N nyum nyum..

La ni teman nak ceciter pasal perlawanan bola sepak antara Malaysia tanah tumpah darah tercinta dan Singapura negara jiran depan rumah Sabtu lepas.. Woohoo!! Best, best, best.. Walaupun team Harimau Malaya aum, aum kalah ditangan Singa Singapura malam tu, but still! Teman masih sokong seratusjutalimaratusribu peratus team Malaysia!
Go, go Malaysia!!

Kalah tak bermakna kita kena putus asa, kan, kan? Dan, dan masih ada lagi peluang untuk Team Malaysia menjinakkan sang Singa.. Kan, kan, kan......

Fuhhhhhh, lihat itu, garangkan Encik-encik Harimau Malaya kita.. Encik-encik Rimau, semoga berjaya Khamis ni! Saya, anak harimau yang baru belajar bertatih dan bertutur setia menyokong Encik-encik Rimau walau di mana anda berada kerana diriku begitu berharga! Aummm!!
Sokongan padu, penuh dan jitu sebanyak sepuluhsebelasratusribujutaringgit diberikan buat Encik Harimau Safee Sali yang kacak lagi gagah perkasa..
Abang Safee, I shout for you!!!

No comments: