Monday, March 21, 2011

Super Show 3- Part 1


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!
Salam!
Appa kabbar Malayysiiaaa!!

Wahhhhh!!
Super Show 3 Malaysia dah pon tamat dengan jayanya 19 Mac yang lepas..
Kenangan malam pertama dengan Super Junior tercinta takkan dapat aku lupakan!
Mana boleh lupa weyh!!!

Jumaat, 18 Mac jam 1.00 petang,
Aku, Amalina dan Ezza berangkat ke kediaman Amalina di Setiawangsa.
Hehh, niat di hati nak balik rumah sendiri, tapi apakan daya, saya menetap jauh di rantau orang..

Ayah Amalina, Uncle Azmi hantar kitorang sampai Stesen LRT Putrajaya je.
Sebab dia ada meeting kat Putrajaya dan tak dapat hantar kitorang sampai Setiawangsa..
Dari stesen tu, kitorang naik ERL ke KL Sentral.
Believe it or not, ni kali pertama aku naik ERL..
SUMPAH LAJU GILA! NAK NAIK LAGIKKK!!!
Sesampainya kat KL Sentral, kitorang terus berlari (menipu gila) mencari foodcourt.. Lapakk gilakk dah ni..
Bila perut dah kenyang, hati dah senang, maka kami pun meneruskan perjalanan ke Setiawangsa dengan menaiki Putra.
Heh, aku ni bukan anak jati Kuala Lumpur.
Jadi kalau korang tunjuk kat aku LRT ke, KTM ke, Rapid KL ke, keretapi ke, semua aku nampak samaaaaaaa je..

Dari Stesen Putra Setiawangsa tu, kami menaiki kereta yang dipandu oleh ibunda Amalina ke kediaman Amalina. *Aisshh, ke'skema'an ayat ni terserlah dengan gahnya!
Sesampainya kitorang kat rumah Amalina, kitorang pun memulakan bisnes menunaikan solat Zuhur dan Asar.
Lepas tu, kitorang jalan-jalan cari-cari kat Jusco Setiawangsa (agaknya kot) menaiki kereta yang dipandu Amalina sendiri.
Best woo ada lesen kereta. Nak pegi mana-mana tak yah jerit 'Teksi!!!'
Kat sana, kitorang jalan-jalan, cuci mata, beli-belah, bla,bla,bla..
Tepat jam 7.00 petang kitorang berangkat pulang ke rumah Amalina..
Malam tu kitorang makan Spaghetti yang mak Amalina masak.
Mmmuaahkkkxxx!
Marvellous!! Delicious!! Supressiose!!

Malam tu, kitorang tengok RajaLawak Final!
Tahniah ya dekat Juara kita, Man! You're the man lah. Hahaha
Walaupun ni episod final, tapi bagi aku ni lah episod pertama.
Hehh, orang lain sibuk undi Man, aku sorang-sorang sibuk undi Abang Zizan.
Hakz, Abang Zizan HOT!

Lepas tengok Rajalawak, kitorang tido! Wahaha..
Apalagi, esok nak pi konsert weyhh! Tido awal, bangun awal.. Tak gitu?

Nanti-nanti aku sambung Part 2 ya.
Kelas ICT da abes da.. =D


Love, Fyda

No comments: