Monday, November 22, 2010

Keunikan Drama Korea.. HAHA


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!
Ramai dalam kalangan orang-orang Malaysia skang ni suka tengok drama Korea tak kira la budak-budak yang belum baligh sampailah mak cik-mak cik yang hampir menopaus. Malah minat ini bukan setakat minat kepada ceritanya jek tapi jugak minat@tergila-gila kat pelakon, tempat-tempat di Korea, cuaca dan lain-lain. Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang unik terhadap drama-drama Korea ini. Sedar atau tak, ada banyak bende yang boleh kita pelajari daripada drama-drama Korea. Aku cilok ni dari sini, dan aku tambah sikit pendapat aku sendiri. Hehe..

  1. Lelaki yang muda, kaya dan kacak menyintai perempuan yang lebih tua, dan agak kasar. (Contoh, Oh! My Lady and Personal Taste.)
  2. Jika kamu ada sahabat baik, dia akan menyintai kamu. Kamu dalam diam pun begitu. (Sweetkan! Lucky I'm in love with my bestfriend!!)
  3. Kamu dan teman kamu akan selalu berkejaran di tepi pantai, kawasan bersalji, atau di padang. Kamu akan tertawa tanpa sebab dan teman kamu akan memukul kamu secara olok-olok tetapi tenaganya membuatkan kamu seperti mahu terpelanting ke hujung bilik. Namun tak mengapa, kerana kamu masih lagi tertawa.(Tu tunjukkan persahabatan erat antara sahabat.^^)
  4. Abang, adik, sepupu ataupun saudara lelaki pasti akan menyintai perempuan yang sama.(sebab dia HOT dan nak tambah umpph dramanya)
  5. Kamu dibenarkan untuk membuat pusingan U di mana-mana sahaja di Korea, dan pastinya tiada kenderaan yang berada di lorong bertentangan.(HAHA, macam ni baru tragis!)
  6. Di sana terdapat satu alat yang sangat pantas untuk membayar bil restoran dan cukup pantas untuk seorang lelaki mengejar teman wanitanya yang marah lalu bergesas meninggalkan restoran.(Citer melayu pon sama....)
  7. Setiap orang menghidap kanser.(Kanser pembunuh nombor 1 kat Korea)
  8. Jika kamu sakit, kamu hanya perlu membuat IV (masuk air dalam darah) dan kamu pasti akan berasa lebih baik selepas itu.(Dia taknak citer tu jadi panjang berjela,kena operate la, itu la, ini la....)
  9. Muntah dan air kencing berada di mana-mana sahaja di Seoul setiap malam.(Muntah itu ya. tapi kencing??)
  10. Bergaduh di kelab malam dengan orang yang tak dikenali adalah perkara biasa yang berlaku pada waktu malam.(Adatlah tu. Kat Malaysia pon ada orang gaduh kat kelab malam.. Kan,kan,kan??)
  11. Arak pasti murah harganya kerana mereka sentiasa minum arak tambah-tambah pula pada waktu kesusahan.(No comment!!)
  12. Jika kamu seorang yang kaya, kamu adalah seorang yang menjengkelkan.(Haruslah. Mana ada orang kaya yang tak menjengkelkan??)
  13. Jika kamu seorang yang miskin, kamu adalah malaikat.(Haruslah.Kalau dia menjengkelkan, macam mana dia nak carik makan?)
  14. Perempuan tidur dan bangun pada keesokan harinya dengan solekan penuh.(Cerita Melayu pon sama.......)
  15. Kamu tidak belajar bersungguh-sungguh selagi hidung tak berdarah.(NOSEBLEED! Tu tanda belajar tahap cipan!!)
  16. Jika hidung kamu berdarah, kamu adalah penghidap penyakit kanser dan kamu tidak mempunyai duit untuk membuat rawatan.(Ada jugak yang nosebleed sebab aweks HOT melintas! HAHA)
  17. Jika kamu meminta kopi ataupun jus oren di mana-mana kafe ataupun restoran, kamu pasti tidak akan meminumnya langsung.(Lepas penggambaran dia minum!)
  18. Kamu pasti akan memanggil teman kamu dengan jawatan di tempat kerjanya, bukan dengan namanya.(Sunbae-nim! Tu tanda hormat orang-orang korea. Bukannya kat pejabat panggil boss, kat luar, kau aku..)
  19. Jika kamu sangat menyintainya, kamu pasti akan mati bersama-sama dengannya pada hujung cerita, ataupun kamu sanggup kesejukan dalam hujan walaupun manusia yang waras akan mencari tempat berteduh.(Itu yang buat orang suka tengok citer Korea! Umpphh!!)
  20. Jika kamu pulang dari Amerika, pasti kamu akan menjadi seorang yang sangat berjaya, jika pulang dari England, kamu akan menjadi seorang yang sangat berfesyen, dan jika kamu sentiasa berada di Korea, tiada apa pun yang berubah melainkan fesyen rambut sahaja.(Kejam sungguh statement ini..)
  21. Jika kamu pulang dari jauh tanpa apa-apa sebab, pasti kamu adalah penghidap kanser.(mungkin jugak dah bankrupt)
  22. Jika ada dua orang yang sakit atau kemalangan, pastinya mereka akan ditempatkan di hospital yang sama.(nak dijadikan cerita.. Kalau hospital lain-lain,sampai bila pon citernya kat situ jek.)
  23. Jika kamu berada di dalam hujan lebih dari lima minit, kamu akan demam dan pengsan lalu orang lain akan bergegas menghantar kamu ke hospital dengan memikul kamu di belakangnya berbanding kamu menelefon ambulans atau menghantar dengan kereta.(Gitu baru sweet dan gentleman! Apa class panggil ambulans..)
  24. Walaupun kamu sangat daif, tetapi kamu tidak akan memakai pakaian yang sama lebih dari sekali.(Namanya pon berlakon....Cerita Melayu pon sama...)
  25. Jika kamu menjadi sorang budak miskin, muka kamu akan comot, dan rambut kamu sangat kusut.(Bukan budak miskin selalunya comot dan berambut kusut? Ini realiti, bukan rekaan pengarah Korea semata-mata)
  26. Jika kamu menyelamatkan seseorang dari dilanggar kenderaan, kamu akan menolaknya dan menunggu sehingga kenderaan itu melanggar kamu. Kenderaan itu tidak akan diperlahankan sehinggalah kamu dilanggar.(Ni baru tragis! Kalau tak kena langgar, dua-dua selamat, tak umphh lah citer tuu..)
  27. Setiap orang memiliki saudara yang telah lama tidak berjumpa dan kebiasaannya kamu tidak menyedarinya.(Cerita Indon pon sama.)
  28. Jika kamu tidak mahu menjawab panggilan telefon, kamu akan mencabut bateri telefon; bukan memadamnya.(Cabut terus baterinya, baru puas hati!)
  29. Setiap orang Korea boleh minum sehingga mabuk, merokok, dan bermain piano dalam satu masa yang sama.(Tu namanya BAKAT. Haha)
  30. Jika kamu sedang bercinta, pasti pada suatu ketika kamu akan mengejar kekasih kamu di lapangan terbang (atau kekasih kamu yang mencari kamu) dan akan berjumpa ketika betul-betul sebelum kamu masuk ke kapal terbang. Ada juga kamu akan mengelilingi lapangan terbang, melintasi sesama sendiri dalam beberapa kali. Malangnya, kamu tidak langsung nampak kekasih kamu.(Kalau jumpa, tak tragis la citer tu. Scene camni yang buat penonton lagi HIGH!)
  31. Jika kamu naik kapal terbang, kamu selalu memakai cermin mata gelap.(Taknak peminat cam..)
  32. Semua lelaki yang memakai jaket senaman (tracksuit), mereka akan memakainya dengan zip ditarik habis sehingga ke leher, walaupun mereka membuat senaman lompat tali.(Itu trend.. Baru bergaya, dan buat penonton berkata,"Nak tengok abs dia!!)
  33. Perempuan pasti akan marah lalu berjalan meninggalkan lelaki tersebut, kemudian lelaki itu akan mengejar dan menarik lengan perempuan itu. Ajaibnya, bahu perempuan tidak pernah sakit.(Sebab dia tarik perlahan, penuh kasih sayang, bukan rentap sesuka hati)
  34. Lelaki selalu dilihat seperti ketinggian 6', walaupun ketinggian sebenar mereka hanyalah 5' 10". Terima kasih kepada sudut syot kamera.(Adatlah tu.. Baru buat penonton berkata, "Tingginya dia!!")
  35. Lelaki suka mengenakan foundations, eyeliner, dan lipsliner.(Baru HOT!!!)
  36. Kamu sering terserempak dengan orang yang kamu tak suka di dalam lif yang sama, sedangkan ada enam lif yang berbeza di tempat yang sama.(Lif yang dia naik tu paling dekat dengan pejabat. Tak pon orang yang dia tak suka tu stalker..)
  37. Melainkan kamu seorang yang kaya, ipar-duai kamu pasti tidak menyukai kamu.(Mana-mana negara, memang macam ni gayanya..)
  38. Begitu juga dengan kakak ipar kamu.(HAHA)
  39. Abang ibar kamu pasti akan merindui kamu.(HAHAHAHA)
  40. Ada dua jenis ciuman, menemukan bibir dengan mulut tertutup dan mencium untuk satu tempoh yang lama ataupun cium ala Hollywood. Mana-mana carapun, dunia pasti akan berpusing sekeliling mereka.(Tu namanya the magic of KISS..)
  41. Cincin yang dibeli untuk perempuan mesti betul saiznya, walaupun mereka tidak pernah berpegang tangan.(Lahh, kalau tak muat, memang spoillah citer tu!)
  42. Orang akan memerhatikan sesuatu benda dalam tempoh yang lama hanya untuk berfikir. Mereka juga berhenti di tepi jalan untuk melihat daun gugur hanya untuk berfikir.(Bukan berfikir, tapi 'flashback'. Bukan ke cerita melayu begitu juga?)
  43. Kamu pasti akan mengandung selepas membuat hubungan seks untuk kali pertama.(Adatlah.. Kalau buat dua tiga kali baru mengandung, tak ke penat penonton tu tengok. BILA NAK MENGANDUNG WOOI!!)
  44. Kamu akan mengandung sekiranya dicium di dahi.(Adegan yang membuat dia mengandung tu tak ditunjuk. Gila ke? Ni citer cintala, bukan porn!)
  45. Kamu akan mengandung sekiranya kamu berpegang tangan.(Adegan yang membuat dia mengandung tu tak ditunjuk. Gila ke? Ni citer cintala, bukan porn!)
  46. Jika kamu menghadapi satu cabaran yang hebat atau dasyat, kamu pasti akan mati akhirnya. Terutamanya akibat kanser.(Dah skrip tulis macam tu. Dan tu jugaklah yang buat penonton mengalirkan air mata)
  47. Seorang lelaki korea mampu melawan enam orang gengster, apabila mereka berlawan seorang demi seorang tetapi lelaki itu akan teruk dibelasah apabila kesemua gengster berlawan dengan lelaki itu serentak. Perempuan yang ada di situ (diselamatkan oleh lelaki) hanya menjerit ketakutan sahaja, tidak menelefon 119. Dia hanya tengok dan menangis. Namun, tak mengapa kerana esok harinya lelaki itu akan baik dengan hanya beberapa balutan dan sedikit calar, tetapi mata tak pernah lebam.(Ni lah uniknya drama korea. Penonton akan menjerit "Taliponlah polis!, Belasah dia cukup-cukup! Jangan kasi can!!!")
  48. Pergaduhan itu tak pernah betul sehinggalah si penjahat bermain kotor dengan menggunakan senjata seperti kayu.(mana-mana drama pon macam ni..)
  49. Jika kamu belajar di Amerika (terutama di Harvard), seorang pelajar yang baik dan pastinya dianggap mampu bercakap dalam bahasa Inggeris. Namun, entah mengapa apabila mereka bercakap dalam bahasa Inggeris, penonton tidak pernah faham apa yang disebut oleh pelakon tersebut.(Laa.. Bukannya dia pergi amerika betul-betul.. Berlakon je kann..)
  50. Kisah cinta tak pernah kurang dari cinta tiga segi, sama ada dua lelaki berebut perempuan yang sama ataupun dua perempuan merebut lelaki yang sama. Namun akhirnya lelaki yang perempuan yang selalu bermasalah setiap kali berjumpa yang akan hidup bersama manakala mereka yang benar-benar berusaha untuk mendapatkan cinta orang yang direbutkan terpaksa menerima 'kekalahan'.(Citer macam ni lah yang best.. Eh, bukan citer melayu camni gak ke? Jeng,jeng,jeng....)
Haha, ni lah sebahagian yang dikatakan wujud dalam drama-drama korea. Walaupun mungkin ya, ituu jelah fesyen drama korea, tapi budak-budak yang belum baligh dan mak cik-mak cik yang dah nak menopaus tetap enjoy tengok drama korea. HAHAHA! Ehem, temasuklah aku... ^^

4 comments:

LanaBusyBee said...

hi cik fyda ^^...lana first time kt cni..amboi kemain panjang lagi komen hehehe...lana pun suka tengok drama korea gak, baru abeh tengok crita Dream, nnt lana review dlm blog lana eh ^^..

perasan x, dlm drama korea ni, selalu ada masalah kewangan, cthnya cita fullhouse, coffee prince, dream, suma berkisarkan kewangan saja kan hehehe..just my opinion ^^

kimchisu said...

agree ^^
n ada yg betul..tu yg buatkn kita jdk kipas ssh mati citer dorang..hahahahha
like like..KOREA etu best..huhuhu

Kaseh Esmiralda said...

kebanyakan sebab di atas..macam takde satupun yg rasenye best utk dijadikan sebab supaaya sy harus menggilai drama korea mcm kebanyakan orang lain...

bg Cik Kaseh, Jdorama lagi best!..hahaha~~~

~FYDA~ said...

@Cik Kaseh ^^ Cik fyda layan gaj Jdrama ni.. Haha.. Skang ni tngah layan -Yamada Tarou Monogatari-. Walaupun tu citer lama tapi tetap nak tngok gak! NINO!!!