Tuesday, May 11, 2010

[100511] Rahsia Bilik Tidur..............(18XL)


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!

Selamat malam blogger.. Aku tak boleh tidur sekarang ni. Walaupun jam dah menunjukkan pukul 1.14pagi. Sebab petang tadi aku dah bantai tidur. Hehe..

Post aku kali ni berkenaan dengan rahsia bilik tidur. Hanya untuk bacaan 18 tahun ke atas sahaja ye.. Hehe. Ok, tak aku gurau je. Aku nak berkongsi dengan korang tips-tips mengemas bilik tidur yang aku culik dari blog cik Mysara Newrie. Harap-harap cik Mai tak marahlah ye.. Hehe..

Tips mengemas bilik tidur
  • Mulakan dengan mengutip mana-mana sampah-sampah atau kertas-kertas atau plastik beg shopping anda. Benda-benda inilah yang buat semak kat bilik korang tahu tak ~ Lepas dah kutip tu, asingkan kertas, plastik. Kalau ada banyak pi jual kat lori kitar semula..
  • Kutip mana-mana baju kotor dan jangan setakat kutip jek ye, basuh sekali... Mana-mana baju yang bersih pulak, lipat elok-elok. Lepas tu susun semua baju-baju dalam almari agar nampak kemas dan senang nak diambil nanti. Tak deklah nanti bila nak keluar jalan-jalan cari makan ke, cari pasal ke, terkedek-kedek nak cari baju mana nak pakai...

  • Buangkan semua habuk, bagi orang-orang yang menghidapi resdung, alahan atau semput, habuk-habuk ni semua perlu sentiasa dibuang. Tak deklah nanti tiap kali masuk bilik jek korang asek bersin tak henti-henti.. Pastu, rambut-rambut yang gugur dekat meja solek pun perlulah dibuang sekali.

  • Susun semua peralatan peribadi dengan kemas jangan tunggang langgang, nanti orang salah tafsir tongkang pecah pulak... Kat meja study pulak, susun semua buku-buku dengan elok. Kalau korang ada duit lebih, pi beli rak buku, susun baju buku-buku korang elok-elok kat rak. Atleast masa study nanti, tak ada lah rasa serabut sangat.

  • Dan kalau sesape yang terlebih rajin, boleh lah ubah mana-mana kedudukan perabot dalam bilik tue. Ubah kedudukan katil ker, buku ker, kipas ker, meja ker, kerusi ker, frame gambar ker, karpet ker.... Tapi aku nasihatkan, meja study kenalah berhadapan dengan tingkap sebab nanti akan dapat udara segar. Kalau penat study, boleh lah pandang ke pokok-pokok yang hijau tue, sambil menghirup udara segar :) Tapi bilik aku yang menghadap highway Pasir Gudang tu lain cerita ya.. Katil pulak kalau boleh menghadap ke kiblat iaitu kepala kita ke arah kiblat. Tidur kita nanti baru berkat.

  • Jangan lupa jugak habuk-habuk kat tingkap, siling dan kipas. Lagi-lagi dekat kipas. Kalau dah penuh berhabuk, bersawang bagai, kipas tu akan jadi malas nak berpusing, dah berat. Nanti korang yang tidur tiap-tiap malam kepanasan dalam bilik*kes ni aku biasa kena. Yelah ~ Dah nama kemas bilik, kenalah buang semua 'tetamu yang tak diundang' supaya kita rasa masyukkk je duduk dalam bilik kan? Hehe

  • Lepas tu baru lah disapu semua habuk-habuk tue. Kalau malas sapu, guna je vacuum. Lagi jimat.. Oh ya ~ Lepas vacuum tue, pasangkan kipas semula, cuba korang rasa perbezaan angin kipas tu selepas korang buang habuk-habuknya. *kalau korang bersihkan kipas lah sebab masa kipas berpusing, masih ada lagi sisa-sisa habuk yang melekat lagi kat kipas tue. Habuk-habuk yang melekat tu akan jatuhlah bila kipas berpusing. Tutup kipas dan teruskan vacuum. Jangan nak berehat pulak ! Kerja tak habis lagi :)

  • Haaaa ~ Dah vacuum, apa salahnya kan kalau mop lantai tue. Hehe. Bagi lantai tu bersih dan berkilat sikit. Hehe. Jangan lupa letakkan Ajax Fabuloso,*supaya ada bau wangi sikit. Haha, atau guna serai wangi *ibu aku selalu guna serai wangi ni, selain bau yang sedap, serai wangi ni jugak akan menghalau lipas-lipas dari berkeliaran dalam bilik korang.

  • Tegangkan cadar dan jemurkan bantal di bawah cahaya matahari yang terik. Nanti bantal tu rasa segar lah sikit sebab selama ini duk tadah air liur basi korang jer. Haha. Sekali-sekala bagilah die berjemur sikit. Dan kalau korang terlebih rajin, basuhlah cadar katil, sarung bantal dan selimut sebulan sekali. Tak deklah cadar, sarung bantal dan selimut korang tu bau kentut jek.. Wakakakaka

  • Bukak tingkap luas-luas*tapi aku tak berpeluang nak bukak tingkap. Selalu ada kucing jiran masuk pastu pancut. Stress betul* dan pasang kipas laju-laju supaya bilik korang ada peredaran udara segar yang keluar masuk. Haaa ~ Bilik bersih, hati pun senang :)

So, inilah dia rupa bilik aku yang telah siap dikemas. Gambar hanya fokus pada katil aku jek. Sebab aku rasa dalam bilik aku ni, katil aku jek yang lagi kemas.. Wakaka. Rasa lapang jek dada bila bilik dah berkemas,kan. Tapi part bersihkan habuk aku serahkan pada ibu, sebab aku ada alahan dekat habuk. Ini betul-betul ya. Bukan alasan. Hehe. Sebelum ni, dekat dinding tu terletaknya almari buruk aku. Tapi dah dialihkan ke tepi sebelah kiri bilik sebab aku suka kalau katil diletakkan dekat tepi dinding. Rasa seronok. Hehe.

Bila katil dah letak tepi dinding, aku apa lagi, renovate dinding pulak! Selama ni aku dok kumpul poster dari majalah epop, tapi takde tempat aku nak tampal poster kpop idol yang hawt tu.
Sekarang ni tidur malamku ditemani 30 orang jejaka korea yang comel-comel, handsome-handsome dan hot-hot belaka!! Hehehe... Dan mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa!!

Sangat hot dinding bilik aku mengalahkan dinding facebook Fahrin Ahmad! Wakaka

Antara poster-poster yang terlekat di dinding itu:

FT Island - Hongki, Seunghyun, Jong Hun, Jae Jin, Minhwan
F4 - Gu Jun Pyo, Yoon Ji Hoo, Soo Yi Jung, Woo Bin
2PM - Taecyeon, Nickhun, Wooyoung, Junsu, Junho
SHINee - Onew, Minho, Key, Jonghyun, Taemin
Super Junior Super Show Malaysia - Leeteuk, Heechul, Yesung, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook, Kyuhyun. -Hangeng, Kangin and Kibum not in the poster-

Poster credits to Malay Epop magazine!!


Love, Fyda

No comments: