Thursday, May 6, 2010

[100506] Beginilah Nasib...


슈퍼주니어,난너없이 못살아!!

Selamat petang semua..
Hari ini, hari yang sangat tidak selesa. Hati risau jiwa kacau! Detik-detik yang berlalu terasa sangat lambat dan sangat cepat. *Wah! Shakesphere sudah marii! Walaupun muka aku angelic, tapi dalam hati ada longkang(??)

Esok, hari yang dinanti-nanti oleh E.L.F sedunia! MV teaser 4th Album Super Junior bakal ditayangkan secara umum!! Donghae dan Leeteuk dah main teka-teki dengan E.L.F di twitter. Sungguh kejam mereka. Menyeksa batin E.L.F yang dah tak sabar menunggu album ke-empat mereka. Cepatlah keluar teaser oii! Sangat teruja, sangat gembira!! Wakaka.

Tapi dalam keterujaan itu, dalam penantian itu, terselit perasaan sedih. Bak kata pepatah, dalam setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Tinggal beberapa hari saja lagi Eyna dan Mimi akan meninggalkan aku, Eyza dan Ayu, kesepian di Pasir Gudang ni. Demi mengejar cita-cita bergelar pelajar di Matrikulasi Tangkak. Kami bertiga disini mendoakan kejayaan kalian berdua! Fighting!! Selepas itu, Ayue pula bakal meninggalkan aku dan Eyza berdua di sini, demi mengejar cita-cita dan harapan negara untuk bergelar siswazah di UiTM Pahang.

Terasa cepat sungguh masa berlalu. Sedangkan serasa aku baru semalam kami mengulangkaji matapelajaran biologi bab mitosis dan meiosis. Satu demi satu sahabatku meninggalkan ku. Hanya tinggal aku disini, menanti harapan yang tak pasti. Seperti kata pepatah, bagai punggung pungguk rindukan bulan. *ada kena-mengena ke?

Terselit juga rasa kecewa.. -kenapalah aku belajar main-main dulu! Kalau tak mesti aku dapat ikut Mimi dan Eyna meninggalkan tanah Pasir Gudang ini(dah tanah,pasir pulak..)- Kini, tiada guna untuk aku kecewa. Beras sudah pun menjadi nasi. Nasi pun sudah menjadi bubur. Dan bubur pun sudah terhadam di dalam perut anak jiran sebelah rumah. Aku hanya mampu berharap. Agar sinar terang itu dapat ku lihat lagi(??).

Tapi disebalik kekecewaan itu, aku tersedar, semua ini terjadi ada pasti ada hikmahnya. Hikmah yang tidak berbau. Hikmah yang tidak terasa.. Hikmah yang sangat istimewa...







Supaya aku dapat duduk di hadapan kotak ajaib ini sambil membayangkan Taekyeon itu kekasihku! Terima kasih atas hikmah yang tidak terhingga itu!!!

Love, Fyda

3 comments:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

banyakkan doa okeh?
ade rezeki insyaALLAH dapat gak adik ikot jejak kawan2 adik tu..

~FYDA~ said...

@cik aidacomei - thanks untuk kata-kata semangat tu ye!!

lilema_ said...

erkk! taecyonn! nayy..hahaha..abracadabra! XDDDD